Zahid  merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ampang di Bangunan UMNO Ampang, pagi tadi. FOTO Yazit Razali
Zahid merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ampang di Bangunan UMNO Ampang, pagi tadi. FOTO Yazit Razali
Oleh Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa wujud komplot yang didalangi tokoh UMNO untuk menjatuhkan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tokoh berkenaan yang turut disokong beberapa individu penting parti berpakat dengan pembangkang untuk menggulingkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan tokoh berkenaan.

"Saya ada maklumat mengenai usaha menjatuhkan kerajaan melalui pintu belakang ini," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ampang di sini, pagi tadi.

Turut hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Ogos 2015 @ 12:13 PM