Washington (Amerika Syarikat): Anak penyanyi Whitney Houston dan Bobby Brown, Bobbi Kristina Brown, 22, meninggal dunia di Amerika Syarikat.
Keluarga Houston mengumumkan berita itu menerusi kenyataan daripada wakil mereka.
"Bobbi Kristina Brown meninggal dunia pada 26 Julai 2015 dikelilingi keluarganya," menurut kenyataan itu.
Mendiang meninggal dunia di hospis di Duluth, Georgia.
Sebelum ini, mendiang diletakkan dalam koma sejak ditemui pengsan dalam tab mandi di rumahnya pada 31 Januari lalu.
Kejadian pada 31 Januari itu disyaki berkaitan dengan pengambilan dadah berlebihan.
Mendiang Whitney Houston juga ditemui dalam tab mandi di hotel di Los Angeles pada 11 Februari 2012, sehari sebelum acara Anugerah Grammy. - AFP