MEJA kopi jati ini ringkas tapi menarik.
MEJA kopi jati ini ringkas tapi menarik.
CIPTA kelainan ruang dengan menyelitkan perabot jati.
CIPTA kelainan ruang dengan menyelitkan perabot jati.
PERABOT jati jenis ini sudah dipermodenkan rekaannya.
PERABOT jati jenis ini sudah dipermodenkan rekaannya.
REKAAN dan ketahanan padu katil jati.
REKAAN dan ketahanan padu katil jati.

Pemilik kediaman yang memilih perabot jati ialah mereka yang mempunyai nilai dekorasi tinggi dan cita rasa tersendiri.

Zaldeco Inspirations tampil berkongsi idea keunikan perabot jati yang bukan hanya untuk golongan mewah, tetapi dimiliki sesiapa saja.

Kayu jati dikenali kayu kelas terbaik kerana ketahanannya dan anti anai-anai.

Meski pun kuat dan keras, ia mudah dipotong dan diukir ditambah urat-urat kayu yang semula jadi pada belahan kayu jati itu mencantikkan perabot jati.

Perabot jati yang dulu hanya mempamerkan elemen dekorasi ala Bali, kini digabungkan dengan perabot lain.

Kini, perabot jati muncul dalam sentuhan dekorasi berkonsepkan moden dan kontemporari apabila kebijaksanaan menata rias digunakan sebaik mungkin.

Jika anda gemarkan tema dekorasi moden namun ingin memiliki perabot jati teruskan niat anda itu.

Pastikan perabot jati yang anda beli disertakan dengan fabrik dan kusyen kerana perabot jati jenis ini sudah dipermodenkan rekaannya berbanding dengan perabot jati tanpa sofa.

Kehadiran perabot jati pada dasarnya dipengaruhi elemen klasik dan pastinya kehadiran sesuatu perabot jati di suatu ruang memerlukan teknik pencahayaan samar dan redup bagi menaikkan mood atau aura kayu itu.

Perabot jati tidak sesuai dipadankan dengan dekorasi yang menggunakan cahaya terang dan panas.

Ini kerana elemen kayu itu sendiri memerlukan suasana yang redup dan eksklusif.

Rekaan dekorasi perabot jati yang berasaskan tema Bali umpamanya, hanya menggunakan cahaya samar, malah hampir malap hingga suasana sesuatu ruang itu kelihatan suram dan redup.

Dekorasi berlatarkan perabot jati lebih menarik ditampilkan dengan kehadiran dedaunan hijau segar.

Tempatkan pada sudut tertentu pokok renek menghijau dengan daun yang lebar seperti pokok keladi.

Lebih menarik jika ruang itu diserikan dengan lilin dan suasana mengharum.

Kunjungi ruang pameran Zaldeco Inspirations di 161, The Core Sunsuria, Taman Sains Selangor, Kota Damansara, Selangor atau layari blog: zaldeco.blogspot.com atau Facebook ZALDECO INSPIRATIONS untuk keterangan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2015 @ 5:22 AM