AURA seri sepanjang masa dengan perabot jati.
AURA seri sepanjang masa dengan perabot jati.
PENGHADANG ruang material jati ini menarik dengan rekaan ringkas.
PENGHADANG ruang material jati ini menarik dengan rekaan ringkas.
RUANG tampil sempurna apabila pearabot dan aksesori hiasan jati digabungkan.
RUANG tampil sempurna apabila pearabot dan aksesori hiasan jati digabungkan.
CIPTA suasana eksklusif pada segenap sudut.
CIPTA suasana eksklusif pada segenap sudut.
CERMIN hiasan turut jadi aksesori hiasan tambahan.
CERMIN hiasan turut jadi aksesori hiasan tambahan.
Oleh Hartini Mohd Nawi


Melengkapkan dekorasi ruang dengan perabot jati adalah pilihan yang menyerlah aura mewah lagi eksklusif.

Ramai menggemari perabot jati kerana mudah disesuaikan dengan pelbagai konsep dekorasi dari kontemporari hingga warisan Melayu.

Kayunya tahan lama, rekaan unik hingga serinya menjadi titik fokal di setiap rumah.

Dalam melihat keunikan itu, Jati Java Furniture (M) Sdn Bhd antara yang menawarkan pelbagai pilihan perabot jati.

Pengarah urusannya Ayu Moeslich, yakin keistimewaan perabot jati memberi tarikan dekorasi di kediaman.

“Perabot kayu jati mampu bertahan bertahun-tahun lamanya dan kini ditawarkan dalam pelbagai pilihan dari segi corak atau motif dan rekaan,” katanya yang memulakan perniagaan Jati Java sejak 2005.

Ayu berkata, perabot jati didatangkan dengan ukiran dan kerawang.

“Kini, rekaan perabot jati menampilkan imej kontemporari, klasik, kolonial dan warisan Melayu atau Nusantara.

“Rekaan itu pula digandingkan dengan pelbagai material dan fabrik seperti kain atau kulit.

“Ia bagi menambah seri ruang dan keselesaan ketika menggunakan perabot itu,” katanya.

Ayu yang juga peminat tegar perabot jati itu turut berkongsi petua memilih perabot jati.

“Elak memilih rekaan corak dan kayu yang disambung kerana mencacatkan penampilan perabot atau ruang kediaman, malah mengundang perkara tidak diingini kelak.

“Usap tangan anda perlahan-lahan di atas perabot dan rasa atau perhatikan jika ada bahagian yang disambung,” katanya.

Perabot Jati Java didatangkan dalam pelbagai rekaan seperti set ruang tamu, makan, ruang santai hingga bilik tidur.

Antara koleksi popular ialah Cleopatra Berlin, Day­bed Buluh, Daybed Bunga, Daybed Emelin, Stool dan Maharani Stool.

Ruang juga tampil sempurna apabila aksesori hiasan jati dijadikan penghadang ruang yang direka gaya menarik.

Biar pun perabot jati terkenal dengan ciri-ciri kukuh dan tahan lama, ada petua mengekalkan serinya.

Ketika membeli perabot jati, beli cecair pembersih atau dipanggil minyak murni untuk menggosok atau mengilatkan perabot anda itu sekurang-kurangnya sebulan atau dua bulan sekali.

Penjagaan yang betul membuatkan perabot jati di kediaman anda menarik seperti baru dibeli walaupun sudah 10 atau 15 tahun menggunakannya.

Kunjungi Jati Java Furniture (M) Sdn Bhd di Lot 19540-A Jalan Besar Selayang Indah, Selayang Indah, Selangor atau layari Facebook Jatijava atau e-mel kepada [email protected] untuk keterangan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2015 @ 5:23 AM