TURUT ditampilkan dalam pelbagai pilihan meja.
TURUT ditampilkan dalam pelbagai pilihan meja.

Perabot jati sering menjadi pilihan isi rumah sama ada keseluruhan atau sudut tertentu. Apakah kelebihannya?

Siti Suhaniza Shahrom,

Taman Melawati, KL

Kayu jati sudah lama digunakan dalam melengkapi tatarias kediaman. Dikatakan masyarakat Cina antara yang pertama menggunakan pendekatan elemen ini sebagai hiasan.

Kayu jati lebih kelihatan berkilat kerana ia mempunyai minyak semula jadi yang membuatkannya kalis air dan tahan untuk pelbagai cuaca.

Minyak ini dengan sendirinya menjadi pelindung daripada kayu jati mereput dan rosak. Kayu jati sering dijadikan perabot seperti katil, meja dan kerusi.

Justeru, kayu jati mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak hairan ramai sanggup mengeluarkan belanja besar untuk memilikinya.

Kehadiran perabot jati juga bukan semestinya menjadi perabot dominan terhadap ruang kediaman anda, sebaliknya set perabot itu juga begitu mudah disuai padan dengan perabot lain jika bijak menyusun atur.

Perabot jati kini mula diperkenalkan dengan pelbagai rona, dari warna lebih cerah hingga lebih gelap. Segalanya terpulang kepada selera masing-masing. Selamat deko!

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 January 2015 @ 5:13 AM