SEBAHAGIAN daripada penduduk Ramadi yang meninggalkan bandar berkenaan tiba di Baghdad, semalam.
SEBAHAGIAN daripada penduduk Ramadi yang meninggalkan bandar berkenaan tiba di Baghdad, semalam.

Baghdad: Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi menafikan tuduhan Ketua Pentagon Amerika Syarikat (AS), Ashton Carter yang mendakwa tentera Iraq mengelak untuk bertempur di Ramadi dan tiada semangat untuk menentang kumpulan Negara Islam (IS).

Carter kelmarin mendakwa kejatuhan Ramadi pada 17 Mei lalu yang dianggap kekalahan terburuk Iraq dalam tempoh setahun boleh dielakkan.

“Kami melihat tentera Iraq tiada semangat menentang IS dan mempertahankan diri mereka,” katanya.

Washington adalah sekutu penting Iraq bagi membantu negara itu merampas semula kawasan yang ditawan IS.

Beliau hampir tidak percaya dengan komen Carter itu.

“Saya sangat terkejut kerana beliau sebelum ini sangat menyokong Iraq.

“Saya yakin Carter diberi maklumat yang tidak tepat,” ujarnya.

Komander Pengawal Revolusi Iran, Qassem Suleimani menyelar AS dengan mendakwa Washington gagal membantu tentera Iraq di Ramadi walaupun tenteranya diletakkan di pangkalan udara Al-Asad di wilayah yang sama.

Unit tentera itu turut terbabit membantu Iraq memerangi IS di negara berkenaan.

“Bagaimana anda berada di Iraq untuk melindungi negara ini, tetapi tidak melakukan apa-apa?

“Ini tidak ubah seperti bersubahat dengan musuh,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2015 @ 7:23 AM