Pasar raya dan pusat snuker yang terbakar pagi tadi. FOTO ihsan pembaca
Pasar raya dan pusat snuker yang terbakar pagi tadi. FOTO ihsan pembaca
Oleh Zuliaty Zulkiffli

Kuala Nerang: Pasar raya dan pusat snuker di Pekan Kuala Nerang, di sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi.

Dalam kejadian 9 .25 pagi itu, lapan pekerja baru membuka pasar raya terbabit dan terkejut apabila mendapati premis berkenaan terbakar sebelum mereka lari menyelamatkan diri.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba 1 Deang Endelen berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.42 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian.

Katanya,api berjaya dikawal kira-kira 30 minit kemudian dan dipadam sepenuhnya pada 11 pagi.

"Kita turut mendapat bantuan anggota bomba dari BBP Alor Setar dan Jitra dengan jumlah keseluruhan seramai 25 anggota dan lima pasukan dari Bomba Sukarela dari Alor Setar, Pokok Sena dan Kuala Kedah.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran ini dan punca masih dalam siasatan, " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2015 @ 2:09 PM