RAKYAT Palestin berkumpul di jalanan ketika asap menjulang ke udara susulan serangan Israel di Rafah. FOTO AFP
RAKYAT Palestin berkumpul di jalanan ketika asap menjulang ke udara susulan serangan Israel di Rafah. FOTO AFP
Bernama-Anadolu

Hamilton (Kanada): Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa menyatakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan aktiviti ketenteraan Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza dengan menyifatkannya sebagai 'kesilapan strategik, malapetaka politik, dan mimpi ngeri kemanusiaan'.

"Saya terganggu dan tertekan dengan aktiviti ketenteraan yang diperbaharui di Rafah oleh tentera Israel," kata Guterres, lapor Agensi Anadolu.

Menekankan kepentingan kritikal untuk membuka semula lintasan Rafah dan Karem Shalom, Guterres menyeru agar pintu masuk itu dibuka semula dengan serta-merta.

Beliau menegaskan sebarang serangan ke atas Rafah akan memburukkan lagi situasi kemanusiaan yang sudah teruk, berpotensi menyebabkan kebuluran dan penderitaan yang meluas.

Mengakui kesan buruk serangan itu, ketua PBB berkata: "Serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, malapetaka politik dan mimpi ngeri kemanusiaan."

Beliau seterusnya merayu kepada "semua pihak yang mempunyai pengaruh ke atas Israel untuk melakukan segala yang mereka mampu untuk membantu mengelakkan tragedi yang lebih besar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mei 2024 @ 8:02 AM