DUA pembantu rumah yang membunuh pemandu majikan mereka.
DUA pembantu rumah yang membunuh pemandu majikan mereka.

Sharjah: Dua pembantu rumah warga Asia mengetepikan perasaan cemburu antara mereka dan bersama-sama membunuh pemandu majikan mereka.

Tindakan itu dilakukan selepas mereka mendapati pemandu berkenaan, juga warga Asia, menjalinkan hubungan dengan kedua-dua mereka tanpa mereka sedari.

Menurut polis, kedua-dua pembantu rumah itu menanti lelaki berkenaan tidur sebelum bersama-sama mencekiknya.

Mereka meletakkan ubat di sebelah katilnya dalam usaha memperdaya polis kononnya mangsa mati kerana sakit.

“Kedua-duanya mengaku membunuh pemandu itu selepas mendapati dia menjalinkan hubungan dengan mereka secara sulit,” kata jurucakap polis.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Oktober 2014 @ 5:07 AM