SAIF merasmikan lesen memandu terbesar di dunia di Sharjah. - Agensi
SAIF merasmikan lesen memandu terbesar di dunia di Sharjah. - Agensi
Agensi

Sharjah: Ketua Polis Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Saif Zari Al Shamsi semalam melancarkan lesen memandu terbesar di dunia, membolehkannya dimasukkan dalam buku Rekod Dunia Guinness.

Langkah itu adalah bagi menyokong usaha UAE untuk bersaing di peringkat global dengan tumpuan menempatkan inovasi dan kreativiti rakyat negara itu memecahkan semua rekod Guinness dalam semua lapangan.

Saif dalam ucapannya berkata, daya usaha itu juga bertujuan meningkatkan kepentingan lesen memandu.

Menurutnya, cadangan membuat lesen memandu terbesar datang dari seorang individu sebelum ia diserahkan kepada polis Sharjah.

“Kami menubuhkan pasukan khas untuk melaksanakan cadangan itu. Dan kami berjaya mencipta lesen memandu terbesar itu dalam masa yang ditetapkan,” kata Saif.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2017 @ 7:36 AM