KHOO (kanan paling atas) bergambar bersama pemenang Peraduan ‘BHPetrol Fuel Your Way to Nurburgring’.
KHOO (kanan paling atas) bergambar bersama pemenang Peraduan ‘BHPetrol Fuel Your Way to Nurburgring’.

Seramai 30 pelanggang BHPetrol bertuah untuk menerima hadiah berjumlah RM40,000 selepas mereka terpilih antara pemenang Peraduan ‘BHPetrol Fuel Your Way to Nurburgring’, baru-baru ini.

Dalam kalangan mereka, Lim Teck Khoon, 38, dinobatkan sebagai pemenang utama yang bakal menikmati kunjungan ke litar Nurburgring, Jerman dengan semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya.

Pengarah Runcit dan Bekalan BHPetrol, James Khoo berkata, peraduan itu terbuka kepada orang ramai adalah cara untuk mengucapkan terima kasih kerana memberi sokongan kepada syarikat berkenaan.

“Sejak pelancaran BHPetrol Infiniti Advanced2X, ia menjadi bahan api popular kepada rakyat Malaysia dengan menawarkan prestasi lebih baik.

“Peraduan itu disasarkan kepada semua pengguna jalan raya dengan menawarkan hadiah bulanan antara RM500 hingga RM4,800, ditambah pula peluang untuk memenangi hadiah sekali dalam seumur hidup di litar Nurburgring,” katanya.

Peraduan itu diadakan dari 2 September sehingga 23 November 2014 yang mana ia dibahagikan kepada tiga pusingan bulanan.

Seramai 10 pemenang dipilih pada setiap pusingan. Bagi setiap pusingan, tiga pemenang bertuah memenangi bernilai RM4,800, RM3,600 dan RM1,500 diikuti oleh tujuh peserta lagi yang membawa pulang hadiah saguhati RM500 setiap seorang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 April 2015 @ 5:05 AM