NUR Nazirah bersyukur kerana terpilih sebagai pemenang Proton X50. FOTO ihsan Nestle
NUR Nazirah bersyukur kerana terpilih sebagai pemenang Proton X50. FOTO ihsan Nestle
Redzuan Muharam


Petaling Jaya: Impian ibu dua anak, Nur Nazirah Hasim memiliki kereta sendiri menjadi kenyataan selepas diumumkan sebagai pemenang hadiah utama Peraduan Jom Beli & Raikan Bersama-sama! anjuran Nescafé, hari ini .

Kemenangan itu melayakkan Nur Nazirah, 31 dari Batu Caves, Selangor membawa pulang Proton X50 serba baharu bernilai RM85,000.

Nur Nazirah yang bekerja sebagai juruwang menyifatkan kemenangan itu sebagai kejutan buatnya kerana hanya menghantar satu penyertaan sahaja dalam peraduan berkenaan.

"Saya benar-benar bersyukur atas kemenangan hadiah utama ini kerana memberi peluang kepada saya memiliki kereta pertama.

"Pengalaman menikmati secawan Nescafé kini jauh lebih bermakna buat saya," katanya.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Minuman Nestlé Malaysia, Othman Chraibi berkata, penganjuran peraduan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk menghargai dan mencipta detik istimewa buat pengguna di samping menceriakan musim perayaan dalam tempoh yang sukar.

"Tahniah diucapkan kepada pemenang hadiah pertama kami.

"Ini hanyalah permulaan kami menawarkan pelbagai hadiah hebat untuk dimenangi dalam tempoh beberapa minggu akan datang, dan semua rakyat Malaysia berpeluang untuk menang, dengan hanya menikmati secawan Nescafé!," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Peraduan Jom Beli & Raikan Bersama-sama menawarkan hadiah bernilai RM1.5 juta buat rakyat Malaysia dari seluruh negara.

Peraduan itu dianjurkan selama lapan minggu dari 1 April hingga 31 Mei 2021 dan peserta berpeluang memenangi hadiah mingguan menarik, termasuk beberapa lagi unit kereta Proton X50 untuk dimenangi sebagai Hadiah Utama.

Selain Proton X50, hadiah mingguan turut ditawarkan seperti motosikal Honda Wave serba baharu untuk 24 pemenang hadiah pertama mingguan dan baucar tunai RM500 bagi 560 pemenang hadiah saguhati.

Turut ditawarkan adalah hadiah cabutan bertuah khas berupa peralatan rumah bernilai RM2,000 yang akan disampaikan kepada 128 pemenang dwi mingguan sepanjang tempoh peraduan.

Rakyat Malaysia boleh menyertai peraduan dengan membeli produk Nescafé terpilih serta produk Sedia Diminum Nescafé bernilai RM15 dalam satu resit.

Maklumat lanjut berhubung peraduan ini boleh didapati di http://www.nescafe.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Mei 2021 @ 3:58 PM