PEMENANG Mudah Menang BHPetrol.
PEMENANG Mudah Menang BHPetrol.

Pemenang Peraduan Mudah Menang BHPetrol diumumkan baru-baru ini dengan tiga individu bertuah memenangi RM33,333 dan 100,000 mata ganjaran ePoints.

Pemenang utama ialah Mustaqim Ibrahim, dari Serendah, Selangor; kedua, Pang Jik Ing dari Ayer Tawar, Perak dan ketiga, Pua Shiau Lin dari Petaling Jaya, Selangor.

Chin Yee Wah dari Bukit Tengah, Pulau Pinang; Kumaran Kuppusamy dari Banting, Selangor dan Mohd Siraz Rameli dari Shah Alam, Selangor masing-masing menerima hadiah kategori khas iaitu
wang RM3,333 serta 30,000 ePoints.

Majlis penyampaian hadiah diadakan secara maya oleh BHPetrol baru-baru ini.

Turut diumumkan tiga pemenang bulanan yang menerima hadiah Apple iPone 12 64GB dan Apple iPad Gen 8 serta 100,000 ePoints.

Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol Leslie Ng berkata, kempen ini mendapat sambutan baik daripada pelanggan jenama bahan api itu sebagai satu daripada aktiviti pemasaran syarikat.

"Ia berjaya menarik minat dan meningkatkan kesedaran jenama dan produk BHPetrol di 400 stesen kami seluruh negara.

"Ia juga sebagai penghargaan atas sokongan dan kesetiaan pelanggan yang datang untuk mengisi bahan api selain membeli barangan dan menggunakan perkhidmatan di BHPetromart," katanya.

Kempen peraduan Mudah Menang dilangsungkan daripada 1 Mac hingga 30 Mei lalu.

Ia memerlukan pelanggan berbelanja dengan jumlah minimum RM30 dalam satu resit di mana-mana stesen BHPetrol dan BHPertromart serta perlu mengimbas eCard atau aplikasi pada telefon.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 September 2021 @ 8:42 PM