Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) menyampaikan 49 hadiah kepada pemenang Kempen Eksklusif Permanis & Peraduan Pengguna, baru-baru ini.

Peraduan bermula antara 1 Ogos sehingga 31 September lalu dibahagikan kepada dua peringkat, yang mana pelanggan membeli produk terpilih di BHPetromart sebelum menerima Borang Peraduan Eksklusif Permanis untuk masuk pertandingan interaktif berkenaan.

Pemenang pertama dan utama masing-masing menerima Microsoft Surface serta televisyen 40 inci, termasuk teater rumah, manakala selebihnya membawa pulang hadiah yang disampaikan oleh penaja peraduan terbabit.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Kanan BHPetrol Marketing, Baba Tan berkata, pihaknya gembira kerana diberi peluang bekerjasama dengan Permanis Sandilands Sdn Bhd untuk menganjurkan kempen itu.

"Kempen itu sangat berjaya dan ini cara kami untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang setia dan sentiasa menyokong kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 5:00 AM