KAMARUL Ariffin pada pelancaran kad ‘Touch and Fuel’.
KAMARUL Ariffin pada pelancaran kad ‘Touch and Fuel’.

Kuala Lumpur: Affin Bank Berhad melancarkan kad kredit AffinBank BHPetrol MasterCard dengan penambahbaikan kepada faedah dan keistimewaannya.

Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata, inisiatif terbabit adalah langkah terbaik dalam segmen kad untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia.

Katanya, di AffinBank pihaknya sentiasa mencari cara untuk meningkatkan kemudahan dan manfaat perbankan kepada pelanggan yang terus memberi sokongan mereka.

“Pemegang kad AffinBank BHPetrol MasterCard kini boleh menikmati rebat tunai petrol sebanyak 2.0 peratus pada hari biasa dan 10 peratus pada hujung minggu bagi perbelanjaan di stesen BHPetrol seluruh negara.

“Di samping itu, pemegang kad AffinBank BHPetrol MasterCard Tanpa Sentuh pula akan menikmati penjimatan selanjutnya sehingga 0.8 peratus dengan rebat tunai Bonus AFFIN pada keseluruhan perbelanjaan bulanan runcit mereka,” katanya pada majlis pelancarannya, semalam.

Pelancaran semula kad AffinBank BHPetrol MasterCard yang telah ditambah nilai ini juga sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan sedia ada dan baharu.

Bagi Pemegang kad AffinBank BHPetrol MasterCard Tanpa Sentuh pula boleh menyertai peraduan yang diadakan bermula 1 Disember 2015 hingga 30 November 2016 yang berpeluang membawa pulang hadiah terkumpul dengan perbelanjaan minimum RM500 selepas menggunakan kad terbabit dalam tempoh 30 hari pertama pengeluaran kad.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2015 @ 5:09 AM