Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


Sejak ribuan tahun lalu, 1,001 khasiat tumbuhan yang disebut dalam al-Quran, Nigella sativa atau lebih dikenali sebagai habbatus sauda terbukti berkesan daripada perspektif perubatan melalui pengambilan biji dan minyaknya dalam diet harian.

Pada masa sama, penggunaan herba sunah berkenaan bagi tujuan kecantikan dan merawat kulit tidak kurang hebatnya.

Malah Ratu Cleopatra yang tersohor dikatakan mengamalkan penggunaan habbatus sauda dalam rejim kecantikannya supaya kekal jelita.

Formulasi herba premium habbatus sauda dalam serum rawatan wajah satu jenama kosmetik bertaraf global, Ardini Essentials, membantu menegang, memulihkan masalah kulit serta membuatkannya lebih gebu.

Serum rawatan wajah pertama di dunia yang dilengkapi habbatus sauda selain diperkaya dengan khasiat tambahan ekstrak minyak zaitun ini membantu wajah kekal awet muda dan bebas masalah kulit secara semula jadi.

Khasiat vitamin A, B, dan C serta zat mineral seperti kalsium, potasium, magnesium dan zink di dalam herba habbatus sauda membantu proses pembaharuan sel kulit akibat strukturnya yang sudah tercela.

Ekstrak minyak zaitun dan kandungan asid lemak semula jadi herba habbatus sauda membantu melembapkan bahagian kulit wajah yang kering secara mendalam, sekali gus mengurangkan penampilan garis halus.

Dengan pemakaian secara berterusan, serum rawatan wajah Ardini Essentials menegang dan mengurangkan pelbagai jenis masalah kulit secara ketara hanya dalam tempoh 14 hari.

Teknologi serum itu mampu membawa bahan premium menembusi lapisan kulit wajah terus kepada sel akar secara berkesan.

Struktur gel cecair tanpa warna meresap pantas ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa melekit dan berminyak pada wajah.

Gabungan inovasi antioksida, antikulat dan antiradang dalam herba habbatus sauda adalah bonus tambahan kepada serum rawatan wajah ini untuk membantu menjadikan kulit lebih sihat, bermaya dan awet muda.

Hadir dalam wangian lembut yang menenangkan, serum itu pilihan buat mereka yang memiliki kulit sensitif lantaran terbukti secara klinikal tidak memberikan kesan sampingan seperti kulit mengelupas, merengsa atau kemerahan.

Serum rawatan wajah Ardini Essentials ini dibotolkan dalam saiz 15ml (RM85) bagi Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak pula RM90.

Ia boleh dibeli secara dalam talian di laman web www.ardiniessentials.com atau melalui Sahabat Ardini terpilih.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mac 2015 @ 5:16 AM