SERUM pembaiki kulit daripada estrak cendawan lingzhi.
SERUM pembaiki kulit daripada estrak cendawan lingzhi.

Sejak ribuan tahun lalu, masyarakat Cina turun-temurun mempercayai khasiat cendawan terutama jenis lingzhi dalam bidang perubatan.

Ini kerana lingzhi dipercayai dapat membantu mengubati pelbagai jenis penyakit selain memelihara dan meningkatkan kesihatan badan secara menyeluruh.

Tidak hairan jika cendawan ini menjadi pilihan untuk dikomersialkan dalam bidang perubatan dan kecantikan sehingga sekarang.

Kebaikan pada cendawan itu turut menarik perhatian jenama penjagaan kecantikan tempatan, B&B Labs untuk mengeluarkan serum memperbaiki kecantikan kulit istimewa.

Serum istimewa itu diadun dengan estrak lingzhi menggunakan teknologi nano yang paling maju.

Bagi yang tertanya mengenai asal usul cendawan berkenaan, ia ditanam menggunakan kaedah hidroponik berteknologi tinggi.

Ia bagi memastikan lingzhi tidak tercemar selain menjaga potensi ekstrak untuk mendapatkan kandungan polipeptida tertinggi.

Ekstrak daripada cendawan ini mengandungi bahan nano yang membantu memberi nutrien optimum dan memulihkan kembali sel kulit.

Dalam pada itu, serum berkenaan turut dipertingkatkan lagi dengan kolagen, vitamin C dan B3 serta pelbagai asid amino yang berupaya memperbaiki kulit.

Tidak seperti serum biasa, ia mudah meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk membantu mengaktifkan sel terutama di bahagian kusam, pudar dan tompok yang tidak sekata.

Penggunaan yang kerap dipercayai dapat membantu menjadikan kulit reaktif berubah dan memiliki daya tahan tekanan yang tinggi bagi memastikan ia kekal sihat dan berseri.

Serum istimewa ini sesuai untuk kulit kusam, kering atau dehidrasi. Ia boleh didapati menerusi pengedar sah jenama berkenaan pada harga RM280 untuk pek tiga botol bersaiz lima mililiter (ml).

Sementara itu, jika mengalami masalah tona kulit tidak sekata, serum detoks pencerah manggis boleh dicuba. Serum ini dihasilkan dari pati manggis yang turut dikenali sebagai ratu buah-buahan.

Ia kaya dengan bahan anti oksidan yang dikenali sebagai xanthone dan dapat membantu menyahtoksik sambil mengukuhkan sistem imunisasi kulit. Produk ini sesuai untuk wanita yang mengalami masalah kulit berpigmentasi. Selain itu, kandungan asid askorbik vitamin C juga dapat membantu mencerahkan dan menyerlahkan keserian kulit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Disember 2014 @ 5:03 AM