RANGKAIAN pembersih wajah dengan formulasi yang dipertingkatkan.
RANGKAIAN pembersih wajah dengan formulasi yang dipertingkatkan.

Kebaikan hasil alam semula jadi seperti gamat, lidah buaya dan mentimun yang memberi manfaat terhadap kecantikan kulit wajah memang diperakui sejak zaman dulu.

Penggunaan pembersih wajah sangat penting kerana ia dirumus khas untuk pelbagai tekstur kulit. Membersihkan wajah menggunakan pembersih sesuai dengan jenis kulit menjadikan tekstur kulit lebih halus dan lembut berbanding sabun biasa.

Memahami keperluan wanita moden masa kini, Safi menggunakan manfaat kehebatan sumber alam semula jadi dan diolah menjadi produk kecantikan berasaskan ekstrak tumbuhan.

Formulasi baru dalam rangkaian pembersih wajah yang diperkaya dengan manfaat habbatus sauda digunakan bagi membantu meningkatkan khasiat yang diperlukan kulit.

Habbatus sauda atau dikenali sebagai jintan hitam ialah kombinasi utama dalam formulasi baru rangkaian pembersih wajah jenama berkenaan bagi membantu menampilkan kulit yang halus dan lembut. Ia turut membantu melindungi kulit dengan nutrien dan bahan antibakteria yang terkandung di dalamnya.

Pembersih Muka Sari Mentimun & Habbatus Sauda membantu mengecilkan pori. Pembersih ini membantu membersihkan kotoran secara mendalam, membuat kulit terasa lebih mulus, segar dan berseri. Melalui kandungan khasiat mentimun, memudahkan sel kulit mati ditanggalkan, sekali gus membersihkan kotoran.

Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda pula menjadikan kulit wajah lebih cerah dan lembap sepanjang hari. Ia sesuai dipakai untuk semua jenis kulit khususnya mereka yang mempunyai kulit kering.

Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda pula membantu mengawal minyak dan jerawat di samping membersihkan kulit wajah dengan sempurna tanpa cela.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 12:02 PM