Kulit wajah yang bersih tanpa sebarang cela adalah idaman semua wanita. Kewujudan liang pori yang besar akibat faktor usia menjadi ancaman dalam usaha memiliki kulit yang mulus dan menawan.

Tahukah anda bahawa terdapat kira-kira 20,000 pori pada muka kita? Dengan jumlah yang begitu besar, tentulah kita perlu memberi lebih tumpuan kepada pori berkenaan kerana sesetengah daripadanya dapat dilihat dengan jelas atau lama-kelamaan akan menjadi lebih ketara.

Memahami keadaan itu, Mary Kay memperkenalkan rangkaian penjagaan wajah TimeWise Microdermabrasion Plus yang menggabungkan pelbagai manfaat diperlukan kulit untuk penampilan wajah yang sempurna.

Serum Pore Minimizer yang terdapat di dalam rangkaian ini membantu mengurangkan kesan pori besar yang boleh dilihat dengan jelas. Serum lembut berkenaan membantu memberikan pertahanan harian daripada kesan pori yang jelas.

Pada masa sama, ia membantu memperbaiki kulit untuk tampil lebih licin. Formula yang cepat meresap itu turut membantu menenangkan kulit dan memberikan keselesaan pada wajah selepas sapuan kerana ia mengurangkan kesan kemerahan.

Sesuai untuk semua jenis dan warna kulit, serum itu menggabungkan penggunaan ekstrak botani bagi membantu memperkasakan kulit wajah.

Ekstrak kulit pokok sutera Parsi dan kacang soya yang terkenal

dengan keupayaannya menyokong protein kulit digunakan kerana ia berfungsi membantu menjadikan kulit tampak lebih tegang secara keseluruhannya.

Selain itu, kesan ketenangan dan keselesaan kulit pula diperoleh daripada bahan seperti ekstrak cambuk laut dan buah evodia (herba).

Bagi mendapatkan kesan yang diinginkan, gunakan Microdermabrasion Refine dua hingga tiga kali seminggu untuk menanggalkan daki daripada pori.

Selepas itu, sapukan serum untuk membantu me­ngurangkan kesan kewujudan liang pori yang ketara bagi mendapatkan wajah yang halus dan anjal.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 2:51 PM