Oleh Murni Wan Omar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengemukakan notis tuntutan terhadap Harakah Daily kerana didakwa memfitnahnya menerusi artikel ‘Dana 1MDB Biayai Syarikat Filem Riza Aziz?’€ dalam laman web itu pada 19 Februari lalu.

Notis tuntutan itu diserahkan melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop dan Ketua Pengarang Harakah Daily, Taufek Yahya di pejabat Harakah di sini, hari ini.

Najib yang diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, bertindak atas kapasiti peribadinya.

Portal berita itu diberi tempoh 48 jam untuk berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah atau kenyataan serupa kepada Najib selain membuat permohonan maaf secara bertulis.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Februari 2015 @ 10:24 PM