Oleh Murni Wan Omar

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini kerana didakwa memuat naik status memfitnah mereka di Facebook miliknya.

Najib dan Rosmah memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Jun lalu.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Najib (memfailkan atas kapasiti peribadi) dan Rosmah selaku plaintif mendakwa Nga (defendan) memuat naik gambar mereka dan kenyataan fitnah di laman Facebook miliknya.

Kedua dua plaintif menuntut ganti rugi dan injunksi bagi menghalang defendan daripada menerbitkan perkataan fitnah itu serta penerbitan permohonan maaf oleh defendan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 2:43 PM