SAIZ meja dan ruang penting untuk anda membuat ukuran keluasan ruang makan terlebih dulu sebelum membuat sebarang tempahan atau pembelian.
SAIZ meja dan ruang penting untuk anda membuat ukuran keluasan ruang makan terlebih dulu sebelum membuat sebarang tempahan atau pembelian.
Nurul Husna Mahmud


DALAM menata rias ruang kediaman, kesesuaian dekorasi memainkan peranan penting. Ini termasuk ruang makan yang membabitkan pemilihan perabot meja dan kerusi. Dikongsikan di sini beberapa tip yang boleh digunakan pembaca untuk pemilihan meja makan sebelum membuat sebarang pembelian.

1. Saiz meja dan ruang

Penting untuk anda membuat ukuran keluasan ruang makan terlebih dulu sebelum membuat sebarang tempahan atau pembelian.

Pastikan ada ruang untuk bergerak bebas di sekeliling meja dan kerusi bagi mengelak rasa kurang selesa serta kemungkinan risiko kemalangan.

Pakar menyarankan supaya menjarakkan satu meter antara sempadan ruang dan perabot. Perlu ambil kira bilangan penghuni kediaman bagi membolehkan semua ahli keluarga mendapat tempat di meja makan.

2. Konsep dekorasi dan perabot

Reka bentuk meja yang cantik tidak semestinya sesuai pada semua konsep dekorasi. Sebaliknya teliti dulu konsep atau idea ingin digunakan pada ruang itu supaya perabot yang dipilih tepat.

3. Bajet dan kualiti perabot

Tidak dinafikan harga perabot dipengaruhi material selain sentuhan pereka terkenal. Namun untuk memiliki perabot pada harga mampu milik, selain sesuai dengan konsep hiasan ruang, rasanya pemilik rumah perlu lebih toleransi dengan kualiti dan jenama.

4. Kemasan perabot dengan kesesuaian ruang dan penghuni

Kayu antara pilihan utama kebanyakan pemilik kediaman apatah lagi ia sesuai dengan konsep masa kini seperti Scandivia, gaya Inggeris, Bali dan banyak lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 April 2019 @ 4:30 AM