NEWEY bakal tinggalkan Red Bull tahun depan. FOTO AFP
NEWEY bakal tinggalkan Red Bull tahun depan. FOTO AFP
AFP

Miami: Juara dunia Formula Satu (F1) Max Verstappen menegaskan ketiadaan ketua pegawai teknikal Adrian Newey tidak akan mempengaruhi keputusannya menimbangkan semula masa depan dengan Red Bull.

Red Bull minggu lalu mengesahkan Newey yang berusia 65 tahun akan meninggalkan juara dunia itu pada awal 2025 selepas 19 tahun bersama pasukan.

Red Bull menang enam gelaran kategori pengeluar dan tujuh gelaran pemandu menerusi Sebastian Vettel dan Verstappen dengan Newey menjadi pereka jentera.

Namun ketika Vertappen lebih suka Newey kekal, juara dunia tiga kali itu memberi amaran mengenai nasib masa depan pasukan itu.

"Daripada luar, ia kelihatan sangat dramatik tetapi saya fikir jika anda tahu sebenarnya apa berlaku dalam pasukan ia tidak dramatik seperti anda lihat," katanya kepada wartawan di Grand Prix Miami semalam.

"Saya fikir peranannya sudah berubah sedikti dan ramai orang tidak faham apa yang dilakukan sebenarnya. Saya tak kata dia tidak melakukan apa-apa tetapi peranannya berkembang.

"Sudah tentu saya lebih suka dia kekal kerana pengalaman luasnya, orang yang boleh kita berbual, dia bijak dan boleh diharapkan," kata Verstappen sambil menegaskan masa depannya tetap bersama Red Bull.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mei 2024 @ 9:44 AM