Kim Sang-Duk atau Tony Kim. - Foto Facebook
Kim Sang-Duk atau Tony Kim. - Foto Facebook
AFP

Seoul: Korea Utara mengesahkan menahan seorang pensyarah kolej rakyat Amerika Syarikat di Pyongyang menjadikan tiga rakyat Amerika kini ditahan ketika ketegangan antara kedua-dua negara.

Kim Sang-Duk atau Tony Kim ditahan di lapangan terbang di Pyongyang ketika mahu meninggalkan Korea Utara selepas beberapa minggu mengajar di sebuah universiti terkenal.

Agensi berita rasmi Korea Utara, Korean Central News Agency (KCNA) menyatakan Kim ditahan kerana melakukan tindakan jenayah dan keganasan bagi menjatuhkan DPRK oleh pihak berkuasa yang berkaitan yang melakukan siasatan rapi terhadap jenayahnya.

Kim mengajar perakaunan di Universiti Sains dan Teknologi Pyongyang (PUST) yang diasaskan pertubuhan Kristian seberang laut pada 2010 dan mempunyai sejumlah rakyat Amerika sebagai tenaga pengajar dan pentadbiran.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2017 @ 5:11 PM