SIGURDSSON (kanan) ledak jaringan penyamaan Swansea menerusi  sepakan percuma.
SIGURDSSON (kanan) ledak jaringan penyamaan Swansea menerusi sepakan percuma.
AFP

London: Sepakan percuma menakjubkan daripada pemain Iceland Gylfi Sigurdsson memberikan satu mata buat Swansea yang bergelut dalam kancah Liga Perdana Inggeris keputusan seri 1-1 dengan Manchester United malam tadi, menjejaskan peluang United ke Liga Juara-Juara.

Jaringan ke-10 Sigurdsson sepanjang musim ini tetapi yang pertama dalam 11 perlawanan memadamkan penalti Wayne Rooney pada masa tambahan separuh masa pertama apabila Marcus Rashford bertembung dengan penjaga gol ‘Swans’ Lukasz Fabianski.

Tambahan satu mata itu menyaksikan United berkongsi mata dengan pencabar setempat Manchester City namun kekal di tangga kelima, di luar slot Liga Juara-Juara menerusi perbezaan gol.

Ia memberi keputusan saguhati buat pengurus Jose Mourinho yang melebarkan aksi tanpa kalah kepada 25 perlawanan dan tidak pernah tewas di Old Trafford sejak 10 September tahun lalu.

City berpeluang menjarakkan tiga mata apabila berdepan pasukan kedua tercorot Middlesbrough mankala Arsenal juga mampu memintas United jika berjaya menewaskan Tottenham.

Spurs bagaimanapun akan cuba memberi tekanan kepada pendahulu liga Chelsea yang berdepan perlawanan getir di Everton yang mencatat lapan kemenangan berturut-turut di laman sendiri.

Bagi Swansea yang akan berdepan Everton selepas ini, keputusan itu meletakkan mereka dua mata mengatasi pasukan di empat tangga terbawah, Hull dengan baki tiga perlawanan.

Fabianski dihukum kerana menjatuhkan Rashford oleh pengadil Neil Swarbrick dengan pemain remaja United memanfaatkan peluang pada babak pertama yang dikuasai Swansea.

Rooney memanfaatkan penalti untuk gol pertamanya di Old Trafford sejak Mei tahun lalu dan ketujuh sepanjang musim ini.

Bagaimanapun, kekasaran pemain veteran England ke atas Martin Olsson itu juga yang memberikan peluang yang disambar Sigurdsson sebaiknya dan turut dibantu David de Gea menggesa Ander Herrera meninggalkan gawang tanpa dikawal dan meninggalkan benteng pertahanan dan menyebabkan Fernando Llorente berada pada kedudukan ofsaid.

Llorente hampir menambah jaringan pasukannya musim ini ketika perlawanan berlanjutan ke masa tambahan tetapi mensia-siakan peluang apabila bola yang sepatutnya ditanduk ke arah De Gea, cuba dirembatnya namun tidak menjadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mei 2017 @ 9:40 AM