Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa. FOTO Ihsan Bomba
Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa. FOTO Ihsan Bomba
Mohd Hafizee Mohd Arop


Bidor: Dua maut selepas kereta jenis Proton Waja dinaiki bertembung dengan sebuah lori tiga tan di Jambatan Kampung Bikam dekat Bidor, hari ini.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Ameer Fahmiey Mohamad Zamir, 17, dan satu lagi mangsa belum dikenal pasti manakala pemandu dan kelindan lori berusia 51 serta 25 tahun turut mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor, Mohd Nadzir Abdul Razak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.52 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, kedua-dua mangsa didapati tersepit di tempat duduk masing-masing itu kemudiannya berjaya dikeluarkan selepas bahagian kenderaan dipotong menggunakan pemotong hidraulik.

"Kedua-dua mangsa maut di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya manakala dua yang cedera dihantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.

"Operasi ditamatkan jam 6.02 petang," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 April 2017 @ 9:19 PM