ANGGOTA bomba  mengeluarkan remaja yang tersangkut pada buaian. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mengeluarkan remaja yang tersangkut pada buaian. FOTO ihsan Bomba
Rosman Shamsudin


Bidor: Remaja perempuan diselamatkan bomba selepas tersangkut pada buaian kanak-kanak di taman permainan kanak-kanak berdekatan Pasar Bidor, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa, 16, tidak mengalami kecederaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor, Tarmizi Rasid berkata, pihak bomba menerima maklumat berhubung kejadian, 8.55 pagi tadi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari BBP Bidor dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima laporan.

"Tiba dilokasi kejadian mendapati seorang remaja perempuan tersangkut pada buaian di taman permainan terbabit.

"Pihak bomba menggunakan 'rescue tool' untuk memotong buaian bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap," katanya dalam kenyataan,hari ini.

Tarmizi berkata, pihak bomba mengambil masa kira-kira lima minit bagi mengeluarkan mangsa daripada buaian besi terbabit.

Katanya, mangsa tidak mengalami kecederaan dan operasi tamat 9.30 pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Jun 2023 @ 11:23 AM