TIGA daripada 100 tong mengandungi asid didapati bocor selepas lori terbalik. FOTO ihsan Bomba
TIGA daripada 100 tong mengandungi asid didapati bocor selepas lori terbalik. FOTO ihsan Bomba
Muhamad Izzat Nasuruden


Bidor: Lori membawa muatan asid hidroklorik terbabas sebelum terbalik sehingga menyebabkan tong asid itu bocor dan tumpah di Jalan Sungkai menghala Tanjung Malim, pagi tadi.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Bidor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.21 pagi sebelum segera ke lokasi kejadian.

"Setibanya di tempat kejadian, anggota bertugas mendapati tiga daripada 100 tong mengandungi asid berkenaan bocor dan tertumpah di atas jalan raya.

"Anggota bertugas menggunakan air dan serbuk soda untuk membersihkan kawasan yang tercemar dengan asid," katanya.

Beliau berkata, walau bagaimanapun asid berkenaan tidak dianggap berbahaya kerana kandungan asid yang rendah.

"Pemandu lori berkenaan tidak mengalami kecederaan dan semua tong asid di bawah lori itu dialihkan ke bahagian tepi jalan raya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 April 2016 @ 8:11 PM