MANGSA ditemui tiga kilometer dari tempat kejadian. FOTO Asrizal Aris
MANGSA ditemui tiga kilometer dari tempat kejadian. FOTO Asrizal Aris
Oleh Asrizal Aris


Bidor: Lelaki maut akibat tercampak ke dalam Sungai Bidor selepas motosikal yang ditunggangi terbabas di Kilometer 1, Jalan Bidor, 12.15 tengah malam tadi.

Dalam kejadian itu mangsa, Norhazarrina Nordin, 28, turut dihanyutkan arus kira-kita tiga kilometer.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, usaha mencari mangsa tengah malam hingga awal pagi gagal menemuinya sebelum dihentikan.

"Operasi mencari dan menyelamat disambung semula pada 8.30 pagi tadi dan kira-kira tiga jam kemudian mayat mangsa ditemui tersangkut di gigi air sungai kira-kira tiga kilometer dari lokasi kemalangan," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2015 @ 4:22 PM