Muhammad Fiqry (kiri) bersama pengiringnya yang juga Imam Masjid Daerah Tuaran, Sabli Latip ketika ditemui di Seri Negeri, Ayer Keroh. FOTO Amir Mamat
Muhammad Fiqry (kiri) bersama pengiringnya yang juga Imam Masjid Daerah Tuaran, Sabli Latip ketika ditemui di Seri Negeri, Ayer Keroh. FOTO Amir Mamat
Nur Ain Musdad


Melaka: Qari orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan Muhammad Fiqry Muhamad Fahmi, 22, mewakili Sabah, antara tujuh peserta memperdengarkan bacaan pada Majlis Tilawah Dan Hafazan al-Quran di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, malam ini.

Muhammad Fiqry, berasal dari Kampung Somodon Topokon, Tuaran berkata, dia diberi kepercayaan mewakili Sabah selepas cemerlang pada majlis tilawah peringkat negeri Sabah pada 10 Mac lalu. "Alhamdulillah,mungkin ini adalah satu bonus yang Allah mahu berikan kepada saya kerana mempelajari dan mahu menguasai bacaan al-Quran.

"Saya menganggap kepercayaan diberi sebagai satu tanggungjawab besar daripada kerajaan negeri dan rakyat Sabah," katanya.

Selain Muhammad Fiqry, enam lagi qari dan qariah iaitu Mohamad Raffe Ghalil Abbas(Selangor), Nor Ruzana Natiah Jaafar (Selangor), Mohd Hafas Ali (Terengganu), Siti Aishah Md Arif (Perlis), Nur Shahirah Fatini Mohd Shaharuddin (Pulau Pinang) dan Nordin Putit (Sarawak), memperdengarkan bacaan masing-masing malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 April 2017 @ 8:23 PM