Berat badan naik antara perkara paling ditakuti kebanyakan selebriti Korea Selatan, namun berbeza pula reaksi Kristal f(x) yang berpuas hati dengan bentuk badan terkininya.

Meskipun kelihatan lebih berisi, peminat memuji penampilannya yang jauh lebih cantik berbanding sebelum ini.

Perubahan Kristal itu sekali gus mempengaruhi pandangan peminat terhadap definisi cantik.

Foto terbaru Kristal ketika berada di sebuah lapangan terbang menjadi buah mulut peminat dan ramai memberikan komen positif.

Ada juga di antara peminat menganggap perubahan bentuk badan Kristal disebabkan otot dan bukannya kerana lemak.

Krystal sebelum ini sangat menjaga bentuk badannya terutama bahagian perut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mac 2017 @ 5:02 AM