Presiden LG Juno Cho  memperkenalkan model G6 Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2017 di Barcelona. FOTO AP
Presiden LG Juno Cho memperkenalkan model G6 Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2017 di Barcelona. FOTO AP
Afiq Hanif

Barcelona: LG secara rasmi memperkenalkan model G6 yang cuba bersaing untuk pasaran telefon kamera berkembar.

Dalam acara yang sedang berlangsung sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2017 di Barcelona, LG juga buat pertama kali dalam sejarah pembuatan telefon mereka memperkenalkan ciri IP68 yang membolehkannya kalis air.

LG G6 memperlihatkan komponen seperti USB C dan port audio 3.5mm di bawah serta atas telefon terbabit.

Tinjauan Harian Metro mendapati mendapati ia menampakkan bahagian belakang telefon dengan menempatkan dua kamera, lampu flash dan pengimbas cap jari.

Berbanding LG G5, bahagian bawah menyaksikan pembesar suara dan mikrofon bertukar kedudukan selain kelihatan jalur antena.

Sementara itu, pada bahagian belakang, permukaan aluminium berkilat menampakkan kemasan dengan pengimbas cap jari telefon yang turut bertindak sebagai butang kuasa.

Pada aspek spesifikasi, ia bakal menggunakan cip Snapdragon 821 dan panel paparan beresolusi QHD 5.7 inci.

LG G6 tidak akan memasuki pasaran Malaysia secara rasmi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Februari 2017 @ 8:54 PM