LG bakal melancarkan peranti terbaru mereka iaitu LG G8X tidak lama lagi.
LG bakal melancarkan peranti terbaru mereka iaitu LG G8X tidak lama lagi.
Muhammad Saufi Hassan


JENAMA pengeluar elektronik terkemuka, LG sudah memperkenalkan peranti mudah alih miliknya iaitu LG G8X, sekali gus cuba untuk menempatkan jenama berkenaan sebaris dengan pengeluar telefon pintar lain.

Telefon pintar ini membawakan sedikit kelainan berbanding generasi terdahulu iaitu LG G8 terutamanya dari aspek spesifikasi dan juga fungsi menarik padanya.

LG G8X akan menggunakan pemproses Snapdragon kelas mercu iaitu Snapdragon 855 yang dipadankan dengan memori (RAM) berkapasiti besar untuk membolehkan peranti melancarkan sebarang aplikasi terkini.

Peranti itu juga bakal hadir dengan pengimbas cap jari secara terbina di bawah skrin yang menjadi trend terkini untuk peranti kelas premium di pasaran.

Penggunaan pengimbas bawah skrin itu sekali gus menjadikan telefon pintar LG G8X sebagai telefon pertama daripada LG yang dilengkapi pengimbas cap jari pada skrin.

Khabar angin juga mengatakan bahawa peranti terbaru LG ini akan menggunakan rekaan bertakuk kecil di depan selain menggunakan padanan pelbagai lensa untuk menghasilkan imej dalam kualiti yang baik.

Bicu audio 3.5mm juga dijangka dikekalkan oleh LG pada telefon pintar mereka untuk memudahkan pengguna tanpa perlu pembelian berasingan untuk audio tanpa wayar seperti sesetengah peranti lain.

Bagaimanapun, spesifikasi penuh peranti itu masih menjadi tanda tanya dan perkara itu hanya akan diketahui beberapa minggu akan datang.

SPESIFIKASI

Pemproses : Snapdragon 855

RAM : Tidak diketahui

Kamera : Tidak diketahui

Rekaan : Rekaan hadapan bertakuk kecil

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Ogos 2019 @ 5:30 AM