Model menunjukkan Sony Xperia XZ bersaiz 5.2 inci HD yang boleh ditempah secara eksklusif di laman e-dagang, 11Street bermula hari ini. FOTO Afiq Hanif
Model menunjukkan Sony Xperia XZ bersaiz 5.2 inci HD yang boleh ditempah secara eksklusif di laman e-dagang, 11Street bermula hari ini. FOTO Afiq Hanif
Afiq Hanif


Kuala Lumpur: Sony Mobile Malaysia melancarkan model terbaru Sony Xperia XZ bersaiz 5.2 inci HD penuh yang boleh ditempah secara eksklusif di laman e-dagang, 11Street bermula hari ini.

Ia mula dijual pada 7 Oktober ini.

Xperia XZ adalah telefon pintar kalis air dan debu jenis IP68 yang menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 820 dan RAM 3GB.

Dengan storan 64GB, ia mempunyai rekaan premium jenis aluminium dan lengkap pengimbas cap jari.

Selain itu, ia menggunakan sistem pengecasan adaptif QNOVO untuk mengecas lebih pantas dan memastikan bateri tidak mudah rosak.

Kamera XZ beresolusi 23 megapiksel manakala kamera depan pula 13 megapiksel.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 September 2016 @ 12:41 PM