XIOMI Mi 5
XIOMI Mi 5
Afiq Hanif


Barcelona (Sepanyol): Xiaomi memperkenalkan telefon pintar ‘flagship’ terbarunya, Mi 5 yang mempunyai rekaan gelas di keliling dan menggunakan pemprosesan Snapdragon 820 dengan gandingan RAM 4GB jenis LPDDR4.

Ia mempunyai paparan 5.5 inci jenis HD yang mempunyai kepadatan piksel sehingga 427ppi.

Kamera belakang menempatkan sensor Sony IMX928 mempamerkan resolusi 3 megapiksel dengan teknologi fokus automatik jenis PDAF selain kamera depan 4.0 megapiksel.

Pengimbas cap jari disediakan namun tiada slot kad mikroSD.

Storan pula ditawarkan pada 32GB atau 64GB yang mana masing-masing dijual pada harga RMB1999 (RM1,286) dan RMB2299 (RM1,491).

Terdapat tiga warna ditawarkan termasuk putih, hitam dan emas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2016 @ 6:56 PM