SET tiga rangkaian atasi masalah rambut gugur, berpeluh dan berminyak.
SET tiga rangkaian atasi masalah rambut gugur, berpeluh dan berminyak.
Siti Zarinah Sahib

Rambut gugur, berkelemumur, beruban dan bercabang antara masalah dialami wanita. Penggunaan produk yang tidak sesuai, faktor pemakanan dan mengabaikan penjagaan rambut menyebabkan masalah bertambah kronik.

Menyedari keadaan ini dalam kalangan wanita, pengasas produk Anna Lucia Organic, Roshidah Mohamed melancarkan produk penjagaan rambut terdiri daripada tiga rangkaian lengkap merangkumi syampu, semburan rambut dan serum.

Memulakan rangkaian dengan set mandian, sabun, penjagaan badan, serum dan semburan wajah menggunakan bahan organik, ramai bertanya mengenai masalah rambut gugur dan cara mengatasinya.

“Saya terpanggil menghasilkan produk penjagaan rambut disebabkan permintaan pelanggan. Hampir setahun saya membuat kajian bahan berkaitan untuk rambut dan pada 2015, saya melancarkan set syampu, semburan rambut dan serum bagi mengatasi masalah ini,” katanya.

Mengekalkan bahan organik kerana ia selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan, Roshidah menggunakan bahan aktif seperti minyak jarak, minyak argan, aloe vera dan rosemary yang terbukti memberikan kesan positif kepada rambut untuk rangkaian produk penjagaan rambutnya.

“Minyak jarak berfungsi merangsang pertumbuhan rambut, menjadikannya lebat dan panjang. Argan bertindak sebagai perapi dan menjadikan rambut mudah diurus. Penggunaan minyak pokok tea sebagai antiseptik bagi mengatasi kegatalan kulit kepala manakala rosemary terkenal sebagai bahan mengurangkan masalah rambut gugur,” katanya.

Menurut Roshidah, ramai wanita bertudung menghadapi masalah rambut gugur. Antara lain ia mungkin disebabkan pemakaian tudung dalam tempoh lama sehingga lapan jam menyebabkan rambut berpeluh dan berminyak. Ia menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

“Rambut basah yang tidak dikeringkan juga menjadi punca masalah kelemumur. Lama-kelamaan minyak terhasil dan menyebabkan rambut gugur. Oleh itu, wanita seharusnya mengeringkan rambut dengan sempurna sebelum memakai tudung,” katanya.

Sebagai pengasas produk organik, jelas Roshidah, bahan kimia dalam produk menyebabkan masalah lebih kronik. Kesannya kulit kepala menjadi lebih kering. Dengan penggunaan bahan aktif semula jadi, ia menjadikan folikel rambut bertambah kuat.

Mengenai cara pemakaian produk, jelasnya, syampu boleh dipakai setiap hari dengan cara membiarkan rambut bersyampu selama lima hingga 10 minit sebelum dicuci bersih. Selepas rambut kering, sembur dengan semburan rambut menghala ke kulit kepala. Serum pula dipakai pada waktu malam untuk kesan lebih optimum.

“Semburan rambut boleh dipakai pada bila-bila masa. Untuk wanita bertudung, sebaiknya sembur sebelum memakai tudung bagi mengelak bau kurang menyenangkan,” katanya.

Semua rangkaian produk boleh dibeli secara set pada harga RM100 manakala mereka yang ingin membeli berasingan boleh mendapatkannya pada harga RM30 untuk syampu, serum RM55 manakala semburan rambut berharga RM25.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan rangkaian penjagaan rambut di kedai Anna Lucia Organic di Puchong atau menerusi Facebook Anna Lucia Organic Malaysia dan Instagram @annaluciaorganic.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2017 @ 5:57 AM