LAURIDSEN (dua dari kiri) dan Chong Heng (dua dari kanan) melancarkan produk Summerie, baru-baru ini.
LAURIDSEN (dua dari kiri) dan Chong Heng (dua dari kanan) melancarkan produk Summerie, baru-baru ini.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

Siapa yang tidak teruja apabila mendapat peluang bersantai sambil berjemur di pantai di bawah sinaran matahari dengan deruan angin tropika?

Itulah janji jenama baharu, Summerie yang memperkenalkan rangkaian produk pencuci badan dan syampu, khas untuk membangkitkan rasa keterujaan mengasyikkan.

Dilengkapi dengan ekstrak botani yang membantu memulihara kulit, rangkaian produk baharu itu boleh menghidupkan setiap mandian harian dengan rasa kemewahan yang mampu untuk dimiliki.

Penolong Pengurusnya, Wahidah Rafi berkata, jenama itu mementingkan kesederhanaan dan keaslian alam semula jadi.

Kata Wahidah, rangkaian produk berkenaan diperbuat daripada bahan asli semula jadi yang penting untuk kulit dan rambut.

"Menerusi penggunaan wangian premium yang diilhamkan aroma asli, setiap produk jenama ini adalah bebas silikon supaya kulit dan rambut mendapat segalanya yang diperlukan dalam setiap botol.

RANGKAIAN produk pencuci badan dan syampu berasaskan bahan semula jadi.
RANGKAIAN produk pencuci badan dan syampu berasaskan bahan semula jadi.

"Minyak biji bunga matahari dimanfaatkan dan tentunya semua rakyat Malaysia kini dapat menikmati kesegaran musim panas setiap hari dan apa yang pasti ia juga mampu milik," katanya pada majlis pelancaran produk itu, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Komersil, Lum Chong Heng.

Rangkaian produk berkenaan terdiri daripada mandian pencuci badan, syampu, perapi, semburan nyahkuman dan pencuci tangan berpelembap.

Ia boleh didapati secara eksklusif di rangkaian gedung jualan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terkemuka, Guardian.

Menurut Wahidah lagi, produk yang dicipta khas untuk pengguna tempatan itu menggunakan minyak biji bunga matahari organik yang menawarkan pelbagai manfaat mesra kulit dan rambut.

Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin antioksidan A, B, C, E dan mineral seperti besi, potasium, kalsium serta Omega-6.

"Setiap rumusan mengandungi sekurang-kurangnya 94 peratus bahan yang diperoleh daripada alam semula jadi dan bebas bahan seperti SLS,SLES, paraben, minyak mineral, pewarna sintetik dan ramuan berasaskan haiwan," katanya.

PRODUK pencuci badan yang menyegarkan.
PRODUK pencuci badan yang menyegarkan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AsiaTenggara, Guardian Health and Beauty, Soren Lauridsen berkata, pihaknya teruja dengan pelaburan jenama berkenaan dalam melakukan penyelidikan bagi memastikan produk yang diperkenalkan itu sememangnya dikehendaki orang ramai.

"Sebagai gedung jualan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia, Guardian menghargai usaha itu dalam menghasilkan rangkaian produk yang berkualiti.

"Ini kerana Guardian Malaysia juga mempunyai falsafah yang sama.

"Reputasi kami sebagai gedung jualan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terkemuka yang dibina sejak 53 tahun dahulu adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan produk yang berkualiti pada harga yang berpatutan," katanya.

WAHIDAH
WAHIDAH

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2020 @ 6:45 AM