Ramai yang runsing apabila memikirkan masalah rambut gugur yang tidak berkesudahan sehingga berhadapan dengan risiko botak.

Gabungan bahan aktif yang mampu merangsang pertumbuhan rambut, Serioxyl, menunjangi rang­kaian produk inovasi ­penjagaan rambut yang mampu melawan masalah rambut semakin menipis dan menambah ketebalan rambut.

Rangkaian penjagaan rambut ini antaranya terdiri daripada syampu, perapi, bahan rawatan rambut dan pembersih.

Ia mampu melawan empat tanda ­kebotakan iaitu rambut menipis, rambut mudah putus, rambut jarang dan helaian rambut yang semakin halus.

Ia turut menangani masalah rambut yang diwarnakan menerusi formula unik bersesuaian dengan setiap masalah secara individu bagi memelihara kesihatan rambut dan kulit kepala.

Formulanya sesuai untuk masalah rambut lelaki atau wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:00 AM