Intan Mas Ayu Shahimi

Kepingan halus putih di bahu antara petanda ketara anda mempunyai masalah kelemumur! Menurut kajian, masalah ini dialami hampir 50 peratus populasi masyarakat dunia.

Walaupun ia tidak berjangkit atau berbahaya, kehadiran kelemumur boleh menyebabkan seseorang kelihatan tidak kemas atau kurang bersih. Dalam kebanyakan situasi, mereka mudah berasa malu dan kurang keyakinan diri ketika berada di khalayak.

Jika diperhatikan, kelemumur boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuk penjagaan kulit kepala dan rambut yang tidak teratur, penggunaan syampu berlebihan dan kulit kepala sensitif.

Bagaimanapun, penyebab utama paling kerap adalah kerana kulit kering.

Biarpun kebanyakan rawatan antikelemumur berkesan dalam mengurangkan masalah itu, masih ramai yang bimbang dengan sebum akan dikeluarkan dari rambut dan kulit kepala. Hal ini, menjadikannya lebih cenderung berkuping akibat kekeringan manakala rambut pula mungkin kering dan sukar diurus .

Guardian baru-baru ini memperkenalkan syampu dan perapi antikelemumur rangkaian Trio Oil Organik Botaneco Garden, yang diilhamkan dari alam semula jadi.

Rangkaian antikelemumur ini menjadi pilihan pengguna yang menggemari syampu dan perapi harian lembut, namun berkesan untuk menangani kelemumur.

Pengarah Jenama Milikan Guardian Health and Beauty Sdn Bhd Alfonso Roderos menjelaskan syarikat mengalami perkembangan pesat seiring dengan segmen penjagaan rambut dan kulit melalui jenama seperti Botaneco Garden.

“Keperluan, nilai dan jangkaan pengguna produk kecantikan semakin cenderung terhadap kesihatan. Mereka mencari formula bebas bahan kimia berbahaya, mesra alam, menawarkan pengalaman baik dan memberi tumpuan kepada keperluan untuk pengalaman jenama yang lebih tulen dalam kehidupan sebenar mahupun platform digital,” katanya.

Terdapat empat kategori produk di bawah jenama Botaneco Garden iaitu Inca Inchi yang menggunakan inca inchi dan aloe vera sebagai bahan utama; rangkaian premium minyak argan dan minyak zaitun organik; rangkaian Botaneco Garden Baby menggunakan kamomil dan koloid mil oat serta rangkaian Trio Oil Organik yang menggunakan 100 peratus minyak asli babassu, baobab dan chufa.

Kebanyakan produk Botaneco Garden mempunyai formula bebas paraben, silikon, sabun, pewarna, lanolin dan DEA (dietanolamina) untuk rumusan yang unik dan prihatin bagi kulit, rambut serta alam sekitar.

Uniknya, setiap rangkaian produk Trio Oil Botaneco Garden mempunyai lima pelembap. Selain tiga minyak utama, dua lagi dipilih kerana fungsi khusus mereka untuk rambut dan kulit.

RODEROS (kanan) dan Michelle (dua dari kiri) bersama tetamu ketika majlis pelancaran.
RODEROS (kanan) dan Michelle (dua dari kiri) bersama tetamu ketika majlis pelancaran.

Syampu dan perapi Antikelemumur Trio Oil Organik Botaneco Garden diperkaya dengan jojoba dan minyak kelapa. Manfaat pelembap dari rangkaian ini menjadikannya lembut dan berkesan dalam mengurangkan pembentukan kelemumur yang biasanya disebabkan oleh pengeringan kulit dan aktiviti kelenjar minyak berlebihan .

Secara tradisional, minyak jojoba digunakan untuk rambut di Amerika Latin dan rawatan kecantikan sebagai perapi kulit dan rambut. Ia terkenal dengan penyerapan yang cepat.

Manakala minyak kelapa mempunyai keupayaan untuk mengekalkan kelembapan rambut dengan baik. Ia juga digunakan secara tradisional untuk kulit dan perapian rambut serta mengurangkan tanda kelemumur.

Dalam pada itu, Pengurus Produk, Kesihatan dan Kecantikan Kumpulan, Michelle Yeap berkata, pihaknya mencipta keseimbangan alam semula jadi dan sains menerusi rangkaian Botaneco Garden dengan menyediakan rutin penjagaan rambut lembut serta prihatin, walaupun untuk kulit kepala yang cenderung menghidapi kelemumur.

“Lima pelembap dalam produk jenama ini mampu menangani masalah kulit kepala kering yang menjadi penyebab utama masalah kelemumur. Formula ini diperkukuhkan lagi dengan penggunaan minyak pati pudina, mentol dan pokok teh yang secara tradisinya digunakan untuk mengurangkan kepingan kelemumur,” katanya.

Kata Michelle, ciri dan kelebihan minyak pokok teh sudah dikaji dan diuji dalam ujian makmal untuk mengesahkan keberkesanannya dalam mengurangkan pembentukan kelemumur. Pudina pula mengandungi mentol, selenium dan zink yang dibuktikan sebagai bahan antiempingan .

“Bagi mereka yang mempunyai kelemumur, ketahui bahawa ia tidak boleh sembuh, tetapi dapat dikurangkan. Penggunaan harian syampu dan perapi Antikelemumur Trio Minyak Organik Botaneco Garden boleh membantu mengurangkan pembentukan kepingan kelemumur, pada masa sama menjadikan rambut halus dan lebih mudah diurus.

“Apabila rambut dan kulit kepala berada dalam keadaan yang lebih baik, pengguna boleh bertukar kepada syampu dan perapi yang lembut untuk penggunaan harian semula,” katanya.

Syampu dan perapi antikelemumur ini boleh didapati di semua kedai Guardian pada harga RM19.90 atau melalui e-store Guardian www.guardian.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 April 2018 @ 1:03 PM