KJ belum buat keputusan. FOTO BERNAMA
KJ belum buat keputusan. FOTO BERNAMA
Firdaus Hashim


Putrajaya: "Saya tunggu TMJ (Tunku Mahkota Johor) serahkan permohonan secara rasmi", demikian jawapan ringkas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai pendiriannya untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) penghujung bulan depan.

"Saya tunggu pengesahan secara rasmi dahulu seperti mana Tan Sri Annuar Musa buat.

"Kemudian baru saya akan bagi keputusan, setakat ini kita hanya dengar dari facebook dan media," katanya pada majlis penyerahan jalur gemilang kepada kontinjen negara ke sukan Asia musim sejuk, di sini, hari ini.

Pada Isnin lalu, Annuar muncul calon pertama yang mengesahkan statusnya merebut kerusi nombor satu FAM itu apabila menyerahkan borang pengesahan kepada Setiausaha Agung, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Turut menerima pencalonan selain Khairy dan TMJ adalah Tan Sri Aseh Che Mat dengan kesemua calon perlu mengesahkan pendirian mereka sebelum 13 Februari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Februari 2017 @ 5:44 PM