KHAIRY (kanan)  dan Annuar (tengah)  pada Program Mesra Siswa Perdana 2016  di padang SMK Kadok, semalam.
KHAIRY (kanan) dan Annuar (tengah) pada Program Mesra Siswa Perdana 2016 di padang SMK Kadok, semalam.
Mohamad Zulhairie Manzaidi


Kota Bharu: “Pada pandangan saya, FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) perlu ditukar, semua pimpinannya... bagi TMJ (Tunku Mahkota Johor) pimpin,” kata Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata demikian mengulas perkembangan semasa bola sepak negara dan usaha pemulihannya, selain cadangan pihak tertentu untuk menganjurkan debat antara TMJ dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung isu sama.

Annuar berkata, beliau tidak bersetuju dengan penganjuran debat sebegitu yang dilihat tidak mampu mengubah suasana bola sepak negara, melainkan dengan penukaran jentera FAM sedia ada.

Katanya, hanya dengan langkah sedemikian mampu memajukan bola sepak Malaysia kerana kepimpinan FAM ketika ini tidak mampu membawa kemajuan kepada sukan itu.

“Kita bincang apa sekalipun, kuasa bola sepak negara terletak di bawah FAM. Mengikut status FIFA kuasa itu terletak di bawah FAM.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2016 @ 5:50 AM