KUALA LUMPUR 26 JANUARY 2017. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ketika ucapan penggulungan Persidangan Parlimen Belia Malaysia (PBM) Sidang III Tahun 2016 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen. NSTP/ SAIRIEN NAFIS
KUALA LUMPUR 26 JANUARY 2017. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ketika ucapan penggulungan Persidangan Parlimen Belia Malaysia (PBM) Sidang III Tahun 2016 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen. NSTP/ SAIRIEN NAFIS
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Calon Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersedia untuk menarik diri daripada merebut jawatan nombor satu badan induk itu sekiranya Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan akan bertanding.

Bagaimanapun, jika TMJ tetap dengan pendirian asal enggan merebut kerusi panas itu, beliau bersedia mempertimbangkannya, namun mengakui agak sukar untuk membahagikan masa menguruskan persatuan itu.

"Ya, kalau TMJ mahu bertanding saya akan tarik diri. Saya rasa Tan Sri Annuar Musa juga akan tarik diri sebab beliau pun pernah cakap sebelum ini.

"Sebenarnya kalau ikut kepada tugasan saya sebagai Menteri yang menjaga Sukan SEA, TN50 dan sebagainya, masa saya agak suntuk.

"Jadi nak bagi perhatian sepenuhnya kepada FAM bukanlah perkara yang mudah bagi saya. Jadi saya terpaksa fikirkan dari banyak aspek untuk pencalonan itu," katanya di Persidangan Parlimen Belia Malaysia, di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, beliau akan bertemu dengan semua Persatuan Negeri (FA) bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai harapan mereka sekiranya dilantik sebagai Presiden FAM.

Pada Isnin lalu, FAM mengesahkan sebanyak empat calon bakal merebut kerusi Presiden FAM dalam Kongres Pemilihan FAM ke-53, 25 Mac depan.

Selain Khairy, tiga lagi nama turut dienaraikan iaitu pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (Johor DT), Tunku Ismail, Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 7:13 PM