PARAS air di Kampung Limau Kasturi apabila paras air sungai mulai naik berikutan hujan lebat. FOTO Ramli Ibrahim
PARAS air di Kampung Limau Kasturi apabila paras air sungai mulai naik berikutan hujan lebat. FOTO Ramli Ibrahim
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan menurun kepada 362 orang, 12 tengah malam tadi berbanding 656 orang pada 9 malam.

Menurut portal eBanjir Kelantan semua mangsa membabitkan 93 keluarga ditempatkan di lapan PPS.

Penurunan jumlah mangsa banjir itu susulan dua daripada tiga PPS di Jeli ditutup.

Bagaimanapun mangsa banjir di PPS Gua Musang meningkat kepada 150 orang berikutan pembukaan sebuah lagi PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir berbanding sebuah PPS di SK Limau Kasturi 2 sebelum ini.

Jumlah mangsa banjir di Kuala Krai merekodkan 65 orang dan di Pasir Puteh masih kekal 100 orang.

Dua sungai utama kini berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Tangga Krai (25.54 meter) dan Sungai Golok di Rantau Panjang (9.12 m).

Manakala, empat sungai mencatatkan bacaan paras amaran iaitu Sungai Galas di Dabong (37.88 m), Sungai Lebir di Tualang (34.86m), Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard (15.78 m) dan Sungai Golok di Jenob (23.10 m).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 12:42 AM