Paras air di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang naik mendadak sejak awal pagi berikutan hujan lebat di sebelah hulu sejak dua hari lalu. FOTO Ramli Ibrahim
Paras air di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang naik mendadak sejak awal pagi berikutan hujan lebat di sebelah hulu sejak dua hari lalu. FOTO Ramli Ibrahim
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan meningkat kepada 412 orang jam 9 pagi berbanding 362 orang jam 12 tengah malam tadi.

Menurut portal eBanjir Kelantan semua mangsa banjir membabitkan 105 keluarga ditempatkan di sembilan PPS.

Jumlah mangsa banjir tertinggi direkodkan di Gua Musang iaitu seramai 150 orang membabitkan 34 keluarga.

Di Kuala Krai, jumlah mangsa meningkat kepada 115 orang berbanding 65 orang sebelum ini.

Jumlah mangsa banjir di Pasir Puteh (100) dan Jeli (47) kekal.

Bacaan empat sungai utama berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Tangga Krai (25.76 meter), Sungai Golok di Rantau Panjang (9.12 m), Sungai Lebir di Tualang (35.04m) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard (16.01m).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 11:47 AM