MANGSA banjir pulang selepas merima sumbangan daripada badan bukan kerajaan di Masjid Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
MANGSA banjir pulang selepas merima sumbangan daripada badan bukan kerajaan di Masjid Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan meningkat kepada 656 orang sehingga 9 malam tadi berbanding 622 orang pada 6 petang tadi.

Menurut portal eBanjir Kelantan semua mangsa membabitkan 163 keluarga ditempatkan di lapan PPS.

Jumlah mangsa banjir tertinggi direkodkan di daerah Jeli iaitu 437 orang membabitkan 109 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS.

Daerah Gua Musang mencatatkan 105 mangsa, Pasir Puteh (100) dan Pasir Mas ( 14).

Selain itu, dua sungai utama berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Tangga Krai (25.42 meter) dan Sungai Golok di Rantau Panjang (9.14 m).

Manakala, empat sungai mencatatkan bacaan paras amaran iaitu Sungai Galas di Dabong (37.76 m), Sungai Lebir di Tualang (34.67m), Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard (15.62 m) dan Sungai Golok di Jenob (23.04 m).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 9:56 PM