Suhaimi  (tengah) bersama pemenang kedua, Abdul Arif Abdul Rahman (kiri) dan pemenang ketiga, Muhammad Zulhafiz Saipuddin di IKBN Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Suhaimi (tengah) bersama pemenang kedua, Abdul Arif Abdul Rahman (kiri) dan pemenang ketiga, Muhammad Zulhafiz Saipuddin di IKBN Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Oleh Md Fuzi Abd Lateh

Kuala Kubu Bharu: Bencana banjir dihadapi ibu bapa dan ahli keluarga membakar semangat pelumba muda, Mohd Suhaimi Ghani untuk menjuarai kategori XC race junior di sirkit akhir Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2014 di IKBN Pertak, Taman Millenium Kuala Kubu Bharu, Sabtu lalu.

Pelumba berusia 19 tahun berasal Kemaman, Terengganu ini membuktikan kehebatan menamatkan cabaran getir 38 kilometer penuh bertenaga.

Menurutnya, trek licin, basah dan berbahaya itu memang sudah serasi dengan dirinya yang tenang mengatasi pelumba lain.

“Ini hadiah buat ayah, Ghani Mamat, 46, dan ibu Rokiah Harun, 45, yang menghadapi musibah banjir di kampung. Doa mereka mengiringi kejayaan saya ini.

“Saya juga gandakan latihan dengan menggunakan trek sukar seperti ini sebelum turun beraksi di Kuala Kubu Bharu,” katanya.

Mohd Suhaimi berkata, pengalaman berkayuh sejak lapan tahun lalu berjaya diterjemahkan dengan bergaya apabil dinobat juara sirkit akhir.

Mewakili pasukan Cyclomotion, dia bijak mencuri ruang terbuka meninggalkan pencabar terdekat, Ma Chau Ying jauh di belakang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Disember 2014 @ 7:13 AM