Calon jawatan presiden FAM (dari kiri ke kanan) Annuar, Tunku Ismail, Aseh dan KJ. FOTO HM
Calon jawatan presiden FAM (dari kiri ke kanan) Annuar, Tunku Ismail, Aseh dan KJ. FOTO HM
Aziman Rosdi


Petaling Jaya: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut dicalonkan untuk merebut jawatan presiden badan induk itu pada Kongres FAM ke-53 Mac depan.

Pencalonan nama bekas Timbalan Presiden FAM itu bakal menyaksikan perebutan empat penjuru membabitkan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (Johor DT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM Tan Sri Aseh Che Mat yang turut mendapat pencalonan daripada ahli gabungan selepas tempoh pencalonan berakhir jam 5 petang tadi.

Bagaimanapun Hamidin tidak boleh mendedahkan jumlah pencalonan yang diterima setiap calon dan semua calon perlu mengesahkan sama ada bersedia untuk bertanding sebelum 13 Februari ini.

Arena Metro hari ini melaporkan Khairy turut akan dicalonkan bagi merebut jawatan nombor satu FAM itu yang ketika ini disandang oleh Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 7:34 PM