Ahli keluarga di sisi mayat mangsa lemas di Sungai Kapeh, Segamat. FOTO ihsan pembaca
Ahli keluarga di sisi mayat mangsa lemas di Sungai Kapeh, Segamat. FOTO ihsan pembaca
Oleh Ahmad Ismail

Segamat: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun lemas dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke dalam Sungai Kapeh di Kampung Tengah, di sini, kira-kira 2 petang tadi.

Mohamad Aiman Zakeri dari Jalan Hassan, di sini, dikatakan bermain di atas jambatan sungai berkenaan bersama beberapa rakan.

Jurucakap polis berkata, mangsa kemudiannya terjatuh dan dihanyutkan arus deras.

Katanya, usaha mencari yang dilakukan penduduk kemudiannya menemui mangsa di kawasan berhampiran.

Mayat dibawa ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat dan kes disiasat sebagai mati lemas.

Tamat10

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2015 @ 7:11 PM