SEBAHAGIAN alumni UiTM Melaka yang hadir.
SEBAHAGIAN alumni UiTM Melaka yang hadir.

Majlis Makan Malam Sambutan 30 tahun Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Melaka, baru-baru ini menghimpunkan lebih 400 alumni.

Ia bertujuan mengeratkan kembali hubungan alumni yang sudah lama menamatkan pengajian di samping menjalin sokongan dua hala bersama institusi.

Majlis turut memberi pengiktirafan kepada Pengarah Eksekutif Kumpulan Shapadu Corporation, Datuk Rosthman Ibrahim yang dinobatkan Tokoh Alumni selain melancarkan buku tiga Dekad UiTM Melaka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:01 AM