WAN Nor Akmal (kanan) bersama model.
WAN Nor Akmal (kanan) bersama model.
1. WAJAH dibersihkan terlebih dulu bagi menghilangkan minyak dan kotoran.

2. BEDAK asas bentuk cecair mengikut warna kulit disapu di seluruh wajah bagi merata dan menutup segala cela.

3. SAPUKAN juga bedak asas pada kelopak mata untuk elak pembayang mata comot.

4. RATAKAN warna pembayang mata untuk
4. RATAKAN warna pembayang mata untuk
5. BAGI yang memiliki kening agak berserabut, gunakan teknik gam dengan ‘menidurkan’ bulu kening. Gam khas untuk kening boleh didapati di kedai alat solek.

6. GUNAKAN bulu mata palsu untuk mendapatkan penampilan mata lebih galak.

7. SAPUKAN maskara bagi melentikkan mata.

8. SAPUKAN bedak pembayang di bahagian tepi pipi untuk membentuk muka supaya lebih tirus.

9. LAKUKAN perkara sama pada hidung untuk memperlihatkan hidung lebih mancung.

10. SAPUKAN pemerah pipi di bahagian tulang pipi.

11. AKHIR sekali, sapukan gincu untuk melengkapkan solekan.

12. WAJAH yang sudah siap disolek.
12. WAJAH yang sudah siap disolek.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

Solekan gaya 50-an semakin menjadi perhatian ketika ini kerana ia mampu menjadikan wajah seseorang kelihatan klasik dan cantik seperti wanita di zaman itu.

Ia kelihatan semula jadi dan tidak berlebihan biarpun mata dan bibir selalunya disolek garang dengan bahagian lain dicalit warna lembut.

Solekan klasik itu sesuai digayakan untuk pelbagai acara terutama ketika menghadiri acara rasmi, juga membuatkan penampilan wanita kelihatan lebih feminin.

Bagi sesi langkah demi langkah kali ini, jurumekap persendirian, Wan Noor Akmal Wan Yusof menunjukkan serba sedikit cara tepat mendapatkan solekan sempurna ala 50-an. Pelbagai teknik solekan lain juga dipaparkan di laman Facebook/Wann Ariana.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Disember 2014 @ 5:28 AM